Soalan 32 – Hukum Orang Islam Menyambut Valentine’s Day

LATIHAN BELAKANG

Valentine’s Day atau “Hari Kekasih” sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih saying atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih saying mereka.

Mengikut sejarah, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika permerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang kristian kerana mengamalkan agama yang bertentang dengan agamanya. Oleh itu Valentine beragama Kritian, beliau juga telah ditangkap dan disekda dalam penjara. Beliau akhirnya dijatuhi hukuman bunuh pada 14 Februari. Dikatakan sebelum beliau mati beliau sempat mengutuskan surat cinta kepada kekasihnya yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (daripada  Valentine)

Orang Kristian menganggap Valentine seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih dan sayangnya terhadap agama kristian dan penganutnya. Maka orang Kristian mengambil sempena 14 Februari untuk meraikan hari kekasih demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine

HUKUM MERAYAKAN VALENTINE’S DAY BERDASARKAN AL-QURAN

Berdasarkan firman Allah SWT : Surah al-Imran ayat 85:

وَمَنْ يَبَْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمَ دِيْنًا فَلَنْ يُقْبَلُ مِنْهُ وَهُوَ فِيْ الآخِرَةِ مِنَ الخَسِرِيْنَ

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

HUKUM MERAYAKAN VALENTINE’S DAY BERDASARKAN HADIS

Hadis hukum merayakan Valentine yang diriwayat Muslim :

عن أبي سعيد الخدري قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لتتبعن سنن الذي من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا في حجر ضب لاتبعتموهم قلنايا رسول الله اليهود والنصارى، قال فمن؟

Daripada Abu Said al-Khudri Rasulullah SAW bersabda kamu akan mengikut jejak langkah umat- umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikut kamu. Sahabat bertanya, ya Rasulullah. Apakah Yahudi dan Nasrani yang dimaksudkan? Nabi SAW menjawab “Siapa lagi kalau bukan mereka.”

PENDAPAT DAN PANDANGAN ULAMA

Fatwa al-Sheikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin (Ahli Majlis Fatwa Arab Saudi). Beliau berkata: “Menyambut hari kekasih hukumnya haram atas alas an berikut:

Pertama: Ianya perayaan bid’ah yang tiada asas di dalam sayariat Islam.

Kedua: ianya membawa kepada kelalaian jiwa umat Islam disebabkan perkara yang remeh- temeh seumpama ini serta menyalahi petunjuk umat yang terdahulu (Salafus Soleh), maka tidak halal pada hari tersebut untuk menunjukkan apa- apa yang berbentuk perayaan sama ada pada makanan, minuman, pakaian atau bertukar- tukar hadiah dan sebagainya.

Fatwa Imam Ibnu al-Qayyim, beliau berkata: “Memberi penghormatan kepada sesuatu acara atau perayaan kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahawa hukumnya adalah haram. Begitu juga keadaannya jika memberi penghormatan atau sama– sama menyambut hari raya dan puasa mereka dengan mengucapkan “Selamat Hari Raya” atau seumpamanya. Bagi yang mengucapkannya kalaupun tidak sampai ke tahap kekafiran, paling tidak ia merupakan satu perbuatan haram. Samalah seperti orang yang turut sama mengikuti orang kafir yang menyembah salib atau seumpamanya. Bahkan lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih dimurkai daripada melakukan perbuatan minum arak atau membunuh. Kerana itu, masih ramai orang yang kurang memahami dan menghayati agama, mudah terjerumus dalam satu perbuatan tanpa menyedari buruknya perbuatan tersebut. Begitu juga keadaannya bagi orang yang bertangungjawab, membiarkan perbuatan maksiat, bida’ah atau kekufuran maka ia telah menyiapkan diri untuk mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah.

KEPUTUSAN MUZAKARAH FATWA KALI 71

Setelah meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli, Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s