Soalan 31- Pembahagian Harta Pusaka

S: Assalamualaikum……saya ingin bertanya tentang pembahagian harta pusaka.arwah datuk sy telah meninggal dunia…tp harta peninggalannya itu tidak dibahagi sama rata…dia hanya mewariskan pada stu nama sahaja mungkin itu anak kesayangannya kot.tp tiada siapa pun tahu dan setuju dengan tindakannya.selepas kematiannya baru anak2nya mengetahui…salah sorang dari anknya pergi ke pejabat tanah dan mengetahui bahawa datuk sy mengankat sumpah bahwa dia tiada ank yang len hanya nama yg dia bahagikan hartu saja ank dia…mungkin dia temkn hasukan kot…di sini saya ingin kepastian dan bagaimana cara nak dapatkan balik harta dan nk bahagikan balik sama rata walaupun hartanya tak banyak..itu hak ank2nya.dan ank2nya berhak dapat walaupon ckit……………………………….inginkan kepastian.

J:  Syeikh Yusuf al-Qardawi ada menyebut dalam kitabnya Halal Wa al-Haram Fi al-Islam tentang pembahagian harta pusaka adalah hendaklah dibuat secara adil. Tidak boleh hanya memberikan kepada sebelah pihak sahaja atau kepada seorang anak sahaja. Sedangkan seseorang itu mempunyai tanggungan yang ramai.

Seorang ayah wajib berlaku adil didalam pemberiannya kepada semua anak-anaknya, agar mereka membuat kebaikan yang sama kepadanya juga. Haram keatas si ayah melebihkan seorang anak dari yang lain dengan sesuatu pemberian atau peruntukan tanpa sebarang sebab dan keperluan kerana perbuatan seperti itu akan menyebabkan anak-anak yang lain terasa hati, dan membangkitkan api  permusuhan dan kebencian di antara mereka. Begitu juga dengan ibu dalam permasalahan ini. Nabi SAW bersabda:

اِعْدِلُوا بَيْنَ أَبْنَائِكُمْ ، اِعْدِلُواْ بَيْنَ أَبْنَائِكُمْ ، اِعْدِلَواْ بَيْنَ أَبْنَائِكُمْ

Maksudnya: “Berlaku adillah terhadap anak-anakmu! Berlaku adillah terhadap anak-anakmu! Berlaku adillah terhadap anak-anakmu! (Riwayat Imam Ahmad, al-Nasaie dan Abu Daud)

Di dalam masalah perwarisan, tidak boleh seorang ayah menghalang sesetengah anaknya dari mewarsi hartanya. Tidak boleh dia menghalang anak-anak perempuan dari pewarisan, ataupun menghalang anak-anak isteri yang tidak disayanginya.

Begitu pula seorang kerabat mengharamkan pewarisan kerabatnya yang berhak mendapat pewarisannya dengan melakukan tipudaya. Ini kerana pewarisan itu adalah suatu peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dengan kehendak-Nya, keadilan-Nya dan kebijaksanaan-Nya. Dia telah menetapkan pemberian kepada semua orang yang berhak untuk menerima haknya, dan Dia telah memerintahkan semua manusia supaya patuh kepada apa yang ditetapkan-Nya dan disyariatkan-Nya. Maka barangsiapa yang menyalahi peraturan ini dalam hal pembahagian warisan harta pusakanya dan membuat selain dari apa yang dibataskan oleh Allah SWT, maka hal itu samalah seperti dia telah menuduh tuhannya sendiri.

Allah SWT menyebut permasalahan pewarisan ini dalam tiga ayat di dalam al-Quran. Dia berfirman di penghabisan ayat yang pertama:

Maksudnya: lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Nisa’: 11)

Menjawab persoalan yang diajukan berkenaan untuk dapatkan hak tuan/puan dinasihatkan kepada tuan/puan bertemu dengan pewaris harta berkenaan dan berbincang secara baik. Wujudkan orang tengah yang boleh mengadili permasalahan itu dengan baik. Mungkin dengan apa yang dilakukan akan dapat membuka ruang terbaik di dalam permasalahan yang berlaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s