Terasa sudah lama saya tidak menulis isi blog saya. Malam ni saya terasa ingin berkongsi sedikit apa yang ada dalam fikiran untuk tatapan semua. Alhamdulillah kita sudah memasuki ke tahun baru hijrah pada 17 Disember 2009. Sememangnya bermula waktu hijrah apabila tenggelam matahari di ufuk barat. Ia menjadi tanda bermula hari baru. Bagi kebiasaan manusia tahun atau hari baru apabila tepat jam 12.00 malam. Itulah perbezaan antara bulan hijrah dan masihi.
Sememangnya hadir hari baru, minggu baru, bulan baru, dan tahun baru akan ada sahaja azam untuk melakukan yang terbaik pada kehidupan mendatang. Tapi setiapnya tidak akan terjadi kalau tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu. Kadang-kadang azam hari ini boleh berubah sekejap sahaja. Maklumlah ada sifat hangat-hangat tahi ayam. Tahun ini saya berasa bangga apabila jatuh 1 muharam 1431 pada tarikh lahir saya.
Sepanjang tahun 2009 dari bulan Januari sampai disember banyak pengalaman pahit manis, suka duka, sedih dan gembira ditempuhi. Banyak aktiviti yang saya sertai. Banyak pengalaman yang dikutip. Peristiwa saya kemalangan di hari kematian datuk saya masih segar diingatan. Mungkin juga sesuatu yang tak dapat saya lupakan.
Saya akan berusaha untuk menyebarkan ilmu yang ada untuk dikongsi bersama. Di samping itu saya memohon keampunan dan kemaafan atas apa yang saya lakukan kepada sesiapa sahaja. Ada hutang boleh tuntut, ada salah silap harap dimaafkan.. Bermula tahun dengan sesuatu yang baru, biar hari ke hari lebih baik.