Separuh masa ke-2 Ramadan..

Sedar tak sedar kita telah memasuki separuh masa kedua ramadan iaitu Ramadan ke 12.. Ulama membahagikan Ramadan ramadan 3 fasa.. Fasa 10 hari pertama. 10 hari pertengahan dan 10 akhir ramadan.

Fasa kedua ramadan diberikan “Maghfirah” kepada umat manusia. Umat Islam yang berpuasa diberikan ganjaran pahala yang besar kepada manusia. Gandaan pahala yang berlipat ganda. Guru saya pernah menceritakan pengalaman di Mekah. Dia  menceritakan di Mekah memang ramai yang datang terutama menghampiri 10 malam terakhir.

Seterusnya saya ingin memetik hikmah yang terkandung dalam ibadat puasa secara khusus antaranya ialah :-

  1. Segera berbuka puasa dengan rutab ( tamar masak) untuk menguatkan tubuh badan dengan sedikit manisan yang boleh menambahkan kekuatannya.
  2. Bersahur kerana dalam makanan sahur itu ada keberkatan seperti riwayat Bukhari dan Muslim. Hikmahnya supaya bertenaga ketika berpuasa.
  3. Mentakhirkan sahur seperti riwayat Imam Ahmad di mana umat Rasulullah sentiasa dalam kebaikkan selama mana mentakhirkan sahur. Hikmahnya boleh menghadapi puasa pada siang hari dengan lebih mudah.
  4. Dengan meninggajkan kata-kata keji seperti perintah Rasulullah dalam riwayat Bukhari menjadikan seseorang sentiasa beradab walaupun bukan di bulan puasa kerana barakah adab puasa yang dipatuhinya.
  5. Puasa menjadikan seseorang boleh memanfaatkan waktu dengan tadarus Al-Quran, beri’tikaf di masjid menjadi lebih mudah bagi yang mencari pahala di sisi Allah.
  6. Berbuka secara jama’i di bulan puasa mendorong keutuhan hubungan instisusi kekeluargaan akan menjadi lebih harmoni.
  7. Dengan memahami hadis Rasulullah seperti riwayat Al-Tarmizi  yang mana siapa yang memberi makan orang yang berpuasa akan diberi pahala orang puasa tersebut tanpa dikurangi sedikitpun pahalanya. Hikmahnya menjadikan orang beriman berlumba-lumba untuk menjamu orang yang berpuasa justeru jaringan kemasyarakatan menjadi lebih utuh dan padu.
  8. Kelebihan bersedekah pada bulan Ramadhan sebagai sedekah yang paling afdhal seperti riwayat Al- Tarmizi menjadikan orang yang beriman menggandakan sedekah mereka dan juga amalan derma dengan ini sudah tentu membawa masyarakat kepada suasana taa’wun ( bertolong-tolongan).
  9. Membaca doa ketika berbuka puasa menjadikan seseorang mengikhlaskan diri kepada tuhan, mengiktiraf kurniaan rezekiNya dan mengharapkan pahala daripadaNya. Hikmahnya boleh menjadikan Mukmin sejati yang sentiasa berada dalam muraqabah ( pemerhatian) Allah.

Bulan ini juga boleh memberi satu semangat kerohanian yang tinggi untuk mendekatkan diri kepada Allah apatah lagi di isi pada malam harinya dengan solat tarawih, tadarus Al-Quran dan juga Qiyamulail. Semoga kita menjadi golongan yang beruntung dengan mengisi kehadiran Ramadhan pada kali ini. Amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s