Bidan Terjun Kuliah Maghrib Surau al-Fatonah (Pengurusan Masa dan Istiqamah)

Hari ini saya menggantikan tempat Dr. Zulkifli Al-Bakri untuk menyampaikan kuliah di surau. Naik kecut juga perut bila menggantikan seorang tuan guru. Ilmu yang ada sekarang setitik air laut pun belum tentu ilmu dalam diri ini. Selalu kuliah ini sebulan sekali.

Sejam lebih fikir lepas asar nak bagi kuliah tentang apa. Dengan tak berapa sihat, suara tak berapa nak ada. Sambil melihat rak buku terpandang kitab karangan Dr. Zulkifli sendiri “Hadis Modal Insan” jadi tengok sikit isi terpandang tajuk “Pengurusan masa” dan “Istiqamah”. Jadi kedua- dua tajuk itu saya simpulkan jadi isi kuliah.

Saya mulakan kuliah dengan membaca danmensyarahkan sedikit berdasarkan pemahaman yang tidak seberapa ini. Sebelum mula kuliah memang sudah pesan kepada jemaah muslimin muslimat yang mendengar agar bersabar dengan kuliah yang tak sedap yang saya nak sampaikan. maklumlah saya bukan orang yang pandai bagi ceramah. Alhamdulillah ceramah selesai dengan baik. Tapi 2 minat lebih sebelum berakhir kuliah saya berasa tak selesa tekak asyik nak terbatuk ja. Tapi dapat juga akhiri kuliah dengan doa sekali.

Saya kongsikan sedikit dengan semua tentang isi kuliah yang saya sampaikan, moga menfaatnya sentiasa untuk semua.

Pengurusan Masa

DARIPADA Ibn `Abbas r.anhuma berkata; Nabi s.a.w bersabda:

نِعْمَتَانِ مَغْبُوْنٌ فِيْهما كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ. الصِّحَّةُ والفَرَاغُ.

Maksudnya: Dua nikmat yang kebanyakan manusia rugi (kecewa) dalam menerima keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.

Syeikh `Abdullah Ba’lawi pernah berkata:

Saudara-saudaraku sekalian sesama Muslim, jagalah baik-baik dan berhati-hatilah dengan waktu yang kamu miliki kerana ia sangat terbatas, tidak boleh dimajukan atau ditangguh walaupun sesaatpun, detik demi detik, minit demi minit, saat demi saat, hari demi hari dan seterusnya tempoh yang kita hidup di dalamnya adalah tempoh yang sangat singkat berbanding kehidupan di akhirat nanti. Setiap hembusan dan tarikan nafas, setiap denyut nadi dan degup jantung, seluruhnya itu mustahil berlaku tanpa izin Allah s.w.t. Bahkan pada hembusan nafas anda yang terakhir, pada denyut nadi anda yang terakhir dan pada degup jantung anda yang terakhir hendaklah anda gunakan waktu itu untuk berbakti kepada Allah s.w.t, sama ada ketika jaga ataupun tidur.

Gunakanlah untuk sesuatu yang berfaedah dan jangan biarkan berlalu seminit pun dengan sia-sia. Jikalau anda keliru menggunakannya maka di kemudian hari anda pasti merasa penyesalan yang tiada henti-hentinya. Cukup lama dan sangat hebat penyesalan anda nanti. Inilah yang wajib anda perhatikan mulai sekarang. Setelah meninggalkan dunia fana’ ini, barulah anda mengetahui betapa ruginya mensia-siakan waktu sekalipun hanya seminit sahaja. Anda semua pasti akan mengalaminya sendiri nanti dan pasti pula anda akan meyakini serta membenarkan apa yang saya katakan ini.

  1. Pujangga berkata: Waktu itu seakan pedang, Jika kita tidak memotongnya, pedang itu akan memotong kita.
  2. Pujangga berkata: Punca keresahan dan kesuntukan adalah mengabaikan Allah s.w.t dan mempersembahkan hidupnya untuk dunia, hingga ‘orang yang masuk penjara seumur hidup ini tidak boleh dikatakan hidup kerana sudah tidak mendatangkan manfaat lagi dan tidak pula mati yang kerana itu perlu diumumkan derita kematiannya.
  3. Pujangga berkata: Anda tidak akan merasa bahagia ketika melakukan perjalanan dari satu tempat ke tempat lain selagi rasa duka masih menyelimuti diri anda. Justeru, berpindahlah dari perasaan yang satu keperasaan yang lain supaya anda boleh mendapat kebahagiaan.
  4. Pujangga berkata: Yang lalu telah berlalu, dan yang telah pergi telah mati. Jangan difikirkan yang telah lalu kerana telah pergi dan selesai.

Istiqamah

DARIPADA Abi `Amrah Sufyan bin `Abdillah r.a katanya: Aku bertanya:

يا رسولَ الله! قُلْ لِي فِي الإسْلاَمِ قوْلاً لاَ أسْأَلُ عَنْهُ أحدًا غيرَكْ. قالَ: قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ استَقِمْ.

Maksudnya: Hai Rasulullah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorangpun selainmu. Sabdanya: Katakanlah آمنت بالله ثم استقم iaitu aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah.

Syeikh Uthaimin dalam syarah Riyadh al-Salihin berkata: Istiqamah ialah seseorang itu thabit mengikut syari`at Allah s.w.t sebagaimana suruhan Allah dan didahuluinya dengan ikhlas kepada Allah s.w.t. Walaupun disuruh beristiqamah mengikut kadar kemampuan tetapi mestilah berusha supaya ia membetulkan dengan kebenaran. Hadith ini juga menggesa supaya segala kebaikan atau amalan termasuk pekerjaan dan perkhidamatan yang dilakukan hendaklah dalam istiqamah dengan menghindarkan segala sifat-sifat mazmumah seperti malas, putus asa, semangat yang seketika dan mudah luntur kerana ia boleh menafikan maksud dan matlamat istiqamah.

Antara bentuk istiqamah ialah:

  • Melaksanakan segala yang wajib dengan mengikut sunah Rasulullah s.a.w.
  • Menambahkan ibadat yang sunat.
  • Menjauhi yang haram.
  • Melakukan tugas yang diamanahkan dengan berterusan dan konsisten.
  1. Pujangga berkata: Jangan sia-siakan usia anda dengan sering bertukar ganti kerjaya, spesialisasi, dan pekerjaan. Sikap suka bertukar ganti seperti ini menunjukkan bahawa anda tidak pernah berjaya dalam apa jua hal pun.
  2. Pujangga berkata: Jangan seperti lalat yang hanya hinggap di atas luka. Jangan mempermainkan kehormatan orang lain, mengkotak katik aib mereka, merasa senang dan bahkan menginginkan kejatuhan mereka.
  3. Pujangga berkata: Seorang mukmin tidak akan merasa takut dengan tidak tercapainya dunia, tidak pernah mempedulikannya, dan tidak pernah tergoncang oleh kata henti. Sebab ia percaya bahawa dunia ini pasti akan berakhir, tidak berharga dan fana.
  4. Pujangga berkata: Terdapat tiga doktor yang perlu anda bincangkan, kegembiraan, ketenangan dan melindungi diri, dan ada tiga musuh yang perlu anda jauhi, pesimisme, waham dan putus asa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s