Persoalan Wali Mujbir.

Wali Ijbar ialah ayah dan datuk sebelah ayah sahaja. Wali Ijbar hanya mengahwinkan anak dara sama ada kanak-kanak atau dewasa, dan berakal atau gila.

Bapa dan datuk sebelah bapa boleh mengahwinkan anak atau cucu perempuannya tanpa izinnya dan kerelaannya. Ini kerana bapa dan datuk sebelah bapa lebih mengetahui maslahat anak gadis tersebut dan wujudnya perasaan kasih sayang terhadapnya.

Justeru mereka tidak akan memilih calon suami kecuali yang sesuai dengan mashalat perempuan tersebut.

Hal ini berdasarkan hadith:

Rasulullah SAW bersabda:

الأَيِّمُ أَحَقُّ بِنَفْسِهَا مِنْ وَلِيِّهَا

Maksudnya: “Seorang janda lebih berhak terhadap dirinya sendiri daripada walinya”.

Riwayat Ibn Majah (2100)

Ini bermakna wali mujbir lebih berhak terhadap anak perempuannya. Walau bagaimanapun supaya sah ijbar wali hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

i.            Tidak terdapat permusuhan yang nyata antara wali dan perempuan yang diwalikannya.

ii.            Bakal suami yang dipilih mestilah sekufu.

iii.            Bakal suami berkeupayaan menyerahkan mas kahwin dengan segera.

Galakan Meminta Izin Daripada Anak Gadis

Walaupun bapa dan datuk sebelah bapa adalah wali mujbir, namun memaksa anak gadisnya berkahwin tidaklah afhdal tanpa mengambil kira pandangannya. Bahkan afdhal dan sunat meminta izin untuk mengahwininya sebagai penghormatan dan menyedapkan hatinya.

Hal ini berdasarkan hadith:

Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تُنْكَحُ الأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ وَلاَ تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَكَيْفَ إِذْنُهَا؟ قَالَ: أَنْ تَسْكُتَ

Maksudnya: “Janganlah dikahwinkan janda hingga diminta persetujuannya dan janganlah dikahwinkan anak dara sehingga diminta izinnya”. Para sahabat bertanya, “Bagaimana mengetahui keizinnnya?” Rasulullah SAW berkata, “Dia diam”.

Riwayat Muslim (1419)

Kedua-dua hadith tersebut menunjukkan bahawa sunat meminta izin daripadanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s