Tribute buat Nenda best!!

Tribute Buat Nenda

Pertama sekali malu juga untuk saya katakan yang saya kali kedua menghabiskan bacaan novel. Saya bukanlah peminat novel sebenarnya. Seingat saya novel pertama yang saya habiskan bertajuk ‘Julia’. Itu pun sebagai bacaan wajib untuk menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia( SPM) yang lalu. Novel kedua yang saya baca ‘Tribute Buat Nenda’. Nipis sahaja 144 muka surat.

Petang 22 Mei 2009 selepas pulang menunaikan solat jumaat saya terus mencapai membelek kulit novel yang dihadiahkan dari guru saya Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri pada malam sebelum beliau berangkat ke tanah suci menunaikan umrah. Sengaja membelek kulit ke kulit, membaca apa yang tertulis di kulit belakang dan terus menyelak muka pertama. Pembacaan diteruskan sehingga tamat. Lebih kurang masuk waktu asar pembacaan dihentikan. Seperti belum puas sebenarnya membaca rupanya dah sampai penghujungnya..

Tribute buat nenda saya akui sebagai novel motivasi kepada kita semua. Gaya bahasa yang bersahaja dan menarik. Seperti cerita filem yang dilihat dengan mata di kaca televisyen. Ada kala saya tertawa dan ada kali hati ini sebak. Diselitkan dengan Sirah Nabi, kata ulama, serta pelbagai lagi yang dapat diambil pengajaran.

Setiap manusia ada kisah hidupnya tersendiri. Suka dan duka, gelak tawa riang gembira dirasai. Namun ada juga insan di sisi kita yang air matanya bagaikan sudah kering kerana tidak henti-henti menangis.

Sesungguhnya novel ‘Tribute Buat Nenda’ harus dijadikan bacaan kepada yang meminati dunia novel. Bukan sekadar novel yang kadang-kadang ada kisah khayalan semata-mata tapi ini novel yang memberikan motivasi agama dan ruh Islam dapat dirasai..

Tahniah buat Ustaz Rashidy Jamil Muhammad al-Rasyid…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s