Soalan 24

isu-kalimah-allah S: Apakah pendapat anda tentang orang kafir (Kristian dan lain-lain) menggunakan istilah Allah?

J: Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada yang bertanya soalan ini, saya hampir terlupa untuk menjawabnya. Secara kebetulan saya ada terbaca risalah ataupun buku kecil bertajuk “Isu Kalimah Allah, Hukum Penggunaannya Bagi Bukan Islam” jadi terus teringat untuk menjawab soalan yang diajukan.

Kajian dan pemahaman terhadap isi dalam buku ini saya simpulkan sebagai pemudah kefahaman kepada yang membaca. Buku ini ditulis oleh Guru saya Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ustaz Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid.

Bermulanya isu yang hangat ini apabila Herald Catholic Weekly mengeluarkan kenyataan dengan menggunakan kalimah Allah yang maha suci ini . Isu ini juga turut menjadi perbincangan ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong di sokong dengan dalil tersendiri.

Pendapat ulama yang melihat dalam konteks negara Malaysia dan realiti yang berlaku mengharamkan istilah ini digunakan oleh agama lain selain Islam. Ini kerana apabila melihat kepada dalil yang mengharuskan penggunaan yang di sokong sebahagian ulama dan mengambil pula dalil yang digunakan oleh ulama yang mengharamkan penggunaannya ditarjihkan dengan pendapat beberapa ulama’ :

  1. Ibnu Qayyim al-Jauziyah – “Yang benar, kalimah Allah ialah kata yang mempunyai makna asal, di mana asal katanya ialah Al-Ilah. Inin sebagaimana pendapat ahli bahasa terkenal Sibawaih dan majoriti sahabatnya kecuali beberapa orang yang berpendapat sebaliknya (tanpa sebarang asas). Lafaz Allah mencakupi seluruh makna Al-Asma Al-Husna dan sifat-sifatNya yang maha tinggi”.
  2. Syeikh Sya’rawi dalam tafsirnya 1/27 berkata – ” tentang lafaz Allah pada Bismillah, ia membawa maksud memohon bantuan dengan kekuatan Allah SWT untuk menjayakan suatu pekerjaan. Hal ini sangat berbeza dengan Alhamdulillah yang berisikan rasa terima kasih kepada Allah SWT setelah kita bekerja. Manusia tidak dapat mengungkapkan rasa syukur kepada Allah SWT kecuali hanya dengan menggunakan lafaz Al-Jalalah (Allah) tersebut. lafaz ersebut merangkumi seluruh sifat Allah yang mulia, sehingga tidak perlu diungkapkan dengan AL-Hamdu li Al-Qahhar, Al-Hamdu li Al-Wahhab atau yang lain-lainnya.

Saya memetik pendapat dua tokoh Ulama Islam dan Cendekiawan Kristian:

  1. Dato’ Seri Moha Tamyes Abd Wahid, Mufti Selangor berkata – “sepatutnya mereka (Herald Catholic) faham perkataan Allah itu tidak harus digunakan kerana perkataan itu adalah khusus kepada agama islam sahaja dan ia merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa sahaja. Dalam agama Kristian sendiri tidak menggunakan Allah dalam kitab mereka, sebaliknya mereka menggunakan perkataan sepertil Ilah, God, Lord dan sebagainya bagi merujuk kepada tuhan mereka”.
  2. Izzat Andrews seorang penganut Kristian Koptik di Mesir menerusi artikelnya yang berbahasa Arab berjudul Allah Bukan Tuhan Agama Kristian dan Yahudi telah mengatakan- “Kalimah Allah hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyyah yang merujuk kepada tuhan bulan. ia tidak pernah termaktub dalam kitab suci Yahudi mahupun Nasrani. Tuhan bagi agama Kristian ialah Elohim.

Setelah melihat dengan teliti penulis buku dan termasuk diri yang lemah ini berpendapat sedemikian berkenaan ketidakharusan atau haram penggunaan lafaz Allah bagi yang bukan Islam dalam konteks Negara Malaysia.

Antara sebab tarjih ialah lafaz Allah jelas menunjukkan terbezanya maksud dan mafhum antara orang Islam dan bukan Islam. Mengikur kitab Dairah al-Maarif al-Islamiyyah 4/1005 jelas menunjukkan perkataan Allah hanya digunakan oleh orang Islam sahaja dari kalangan umat Muhammad SAW. Antara yang lain menyebut: “Allah adalah Rabb yang maha tinggi di sisi orang Islam yang mana sifat-Nya adalah tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya mencakupi segala sifat kesempurnaan dan keesaan tanpa disekutukan dengan yang lain.


Keputusan Majlis Fatwa dan Kabinet.

Bagi menyokong dan menguatkan lagi tarjih yang telah dikemukan di atas, turut disertakan keputusan yang pernah dan telah dibuat oleh Majlis Fatwa dan KAbinet. Antaranya:

  1. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan penggunaan kalimah Allah, Ka’bah, Baitullah dan Solat kepada orangbukan Islam.
  2. Keputusan Kabinet 1986 juga memutuskan mengharamkan penggunaan kalimah Allah, Ka’bah, Baitullah dan Solat.
  3. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82 pada 5-7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adlaah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.

**Tarjih – Mendahulukan salah satu dalil daripada dua dalil yang bertentangan serta mengambil dalil yang lebih kuat untuk diamalkan..

-Petikan dari Risalah Isu Kalimah Allah, Hukum Penggunaannya bagi Bukan Islam serta coretan dari penulis yang lemah di sisi Allah.-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s