“Markah Kasihan” Atau “Budi Bicara”?

Hanya 4 daripada 157 pelajar kursus undang-undang USIM lulus peperiksaan? Logik atau tidak? Adakah semua pelajaran lain pun gagal seperti itu? fikirkanlah sendiri... Anda mampu mengubahnya..

Hanya 4 daripada 157 pelajar kursus undang-undang USIM lulus peperiksaan? Logik atau tidak? Adakah semua pelajaran lain pun gagal seperti itu? fikirkanlah sendiri... Anda mampu mengubahnya..

Saya rasa terpanggil untuk menulis sedikit bicara kata dengan permasalahan yang ditimbulkan oleh seorang bekas pensyarah USIM. “Akibat kedekut markah” disuruh letak jawatan.

Ramai pensyarah di universiti yang saya kenali istilah markah kasihan tidak timbul tetapi pensyarah memberi markah berdasarkan budi bicaranya sendiri. Kursus undang-undang yang terkenal dengan susah juga nak lulus. Adakah lulusnya pelajar tersebut dengan markah kasihan? Ataupun pensyarah bagi markah kasihan? Anda sendiri tahu apa yang saya maksudkan. Mungkin anda ada pendapat anda sendiri..

Petikan daripada kosmo bertarikh 15 April 2009 (Rabu) halaman ke-3 dalam perenggan ke-7 menyatakan “Tambah Nor, pelajar tersebut bukan sahaja tidak menjawab soalan tetapi turut gagal mengarang esei dalam bahasa Inggeris”…

Pendapat saya ada juga pensyarah yang mengajar bahasa arab mahupun bahasa inggeris mengatakan pelajarnya menulis esei arab atau inggeris terlalu teruk sehinggakan terpaksa mengambil satu dua perkataan sebagai isi penting. Bukan hendak menafikan pelajar lemah dalam segalanya tetapi mungkin faktor bahasa yang menjadi halangan. Pelajar sendiri pun patut bangun untuk memperkasakan penggunaan bahasa inggeris dan Arab.

Kalaulah semua pelajar tidak dapat mengarang esei dengan baik kenapa ada subjek lain lulus juga? adakah pensyarah memberi “markah kasihan” untuk meluluskan pelajar?ataupun pelajar hanya menghafal dalam bahasa inggeris subjek lain sahaja sehingga terlupa menumpukan untuk subjek yang tidak lulus itu? pendapat saya berdasarkan logik menggunakan akal fikiran yang waras..

Sewajarnya pihak pemberita tidak seharusnya mengambil keterangan dari sebelah pihak sahaja tetapi bertanya kedua-dua belah pihak bagi memastikan kesahihan perkara yang berlaku. Apabila hanya mendengar sebelah pihak sudah pasti sebelah pihak lagi akan dituding jari kerana menimbulkan masalah. Ini sudah menimbulkan pandangan serong terhadap universiti sendiri. bukan hanya universiti tetapi termasuk pelajarnya terutama yang mengambil kursus undang- undang..

Mungkin pelajar patut membaca ayat pengasih bagi melembutkan hati pensyarah..

Mungkin pelajar patut membaca ayat pengasih bagi melembutkan hati pensyarah..

banyak study kalau tak berkat tiada gunanya..

banyak study kalau tak berkat tiada gunanya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s