Pujian Kepada Rasulullah SAW.

Tempat : Surau Al-Falahiyyah

Masa: Lepas Maghrib.

Penceramah : Dr. Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri.

Isu ceramah yang dibincangkan terbahagi kepada dua :

  1. Puji
  2. Selawat ke atas Nabi.

Puji menggambarkan sifat yang baik dilakukan seseorang. Ulama menghukumkan pujian kepada dua iaitu memujikan seseorang dengan benda betul. seterusnya pujin hanya kerana Allah. Hukum orang yang dipuji jangan jadi riak, sombong dan takabbur.

Pujian kepada Rasulullah tidak dapat digambarkan. Selawat yang memuji nabi bagaikan bulan, matahari dan bintang kerana itu yang besar bagi kita. Pujian kepada nabi tidak dapat tergambar dengan sesuatu.betapa hebatnya nabi kita.

Kadang-kadang orang memuji seseorang lebih dari realiti. Memuji orang dengan benda yang menaikkan semangat kesombongan dirinya. katanya dialah hebat dari segalanya.

Sirah nabi ada mencatatkan kisah Nabi Muhamad bersama Saidina Abu Bakar serta ahli rombongan lain mengembara. Di pertengahan jalan mereka singgah di sebuah khemah yang dihuni Abu Ma’bad dan Ummu Ma’bad. Abu Ma’bad ketika itu tiada di rumah. Saidina Abu Bakar bertanya kepada Ummu Ma’bad bolehkah menjadi tetamu di rumahmu? Ummu Ma’bad berkata tiada apa di dalam khemah ini kecuali kambing yang kurus sahaja. yang susunya tiada. Mukjizat nabi berlaku dan kambing mengeluarkan susu yang banyak. Saidina Abu Bakar menjadi jurucakap kepada Nabi Muhammad.Pada petangnya Abu MA’bad pulang dan Ummu ma’bad menceritakan hal tersebut. Dalam ramai-ramai orang yang adatang hanya seorang yang tidak bercakap banyak, tawadduk dan wara’. Abu ma’bad menyangkakan itulah nabi. Perjalanan mereka sampai di Quba. Orang di situ menyambut Abu Bakar kerana menyangka beliau Nabi. Apabila fajar makin meninggikan cahaya matahari kena kepada nabi, lantas Abu Bakar melindungkannya dengan kainnya. Selapas itu baru semua orang tahu siapa nabi yang sebenarnya..

Ceramah diteruskan lagi memberitahu tentang janji yang dilafazkan biarkan ia disangkutkan dengan “Insyaallah”. Janji kadang-kadang tidaklah tepat tapi selalunya lebih kurang. Untuk masa yang tepat tidak selau dapat didahulukan.

Bicara tentang solat semua manusia beragama ISlam tahu. Tahu terlalu susah untuk mendirikan solat. Kusyuk dalam solat juga perkara yang susah. Bila bersolat hati dan fikiran teringatkan macam-macam perkara. Kadang-kadang mencari benda atau harata kepunyaan kita pun dalam solat akan membuatkan terjumpa. Manusia kadang-kadang rasa ok dengan solatnya.

Tawaran kepada Abu Dzar Al-Ghifari daripada rasulullah SAW yang diamalkan dan diterima sebagai tawaran yang amat bermakna.

  1. Solat witir sebelum tidur
  2. Solat sunat dhuha. Sekurangnya dua rakaat.
  3. Berpuasa 3 hari dalam sebulan.

Sambutan MAulidur Rasul yang lepas pasti mengingatkan kita tentang perjuangan NAbi Muhammad SAW yang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah ini. Apa yang patu kita perlu melahirkan rasa syukur kita. Datangkan rasa cinta kepada nabi SAW. Membaca sirah, hadis dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW bagi melahirkan cinta dan sayangnya kepada Rasul kita. Ziarahilah Makam kekasih Allah. NAbi SAW ada menyebut: mafhumnya sesiapa yang memberi salam kepadaku, Akanku jawabnya. Mempraktikkan Sunnah Baginda SAW supaya hati kita akan lebih dekat dengan Nabi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s