Solat Satu Muhasabah

Solat dari segi bahasa bmembawa maksud doa. Ia merangkap sebagai doa. Ulama mentafsirkan solat ialah satu pernuatan yang dimulakan dengan takbir dan di akhiri dengan salam. Solat merupakan satu jalan perhubungan kita dengan pencipta iaitu Allah SWT. Percakapan kita dengan Allah melalui bacaan al-Quran.

Solat fardu ada lima waktu. Ulama bersepakat semuanya adalah wajib dilaksanakan.

Kenapa perlu solat?

Jawapan yang ditafsirkan para ulama ia mempunyai banyak hikmah, kelebihan dan keistimewaan. sebab manusia perlu solat manusia akan merasakan ketenangan. manusia semua inginkan kebahagiaan. wang, harta benda adalah alat semata- mata. Dengan solat juga mengajar kita menjaga waktu. Al-Banna pernah berkata waktu adalah sebahagian daripada hidup kamu. Solat juga catu cara mengadakan hubungan dengan Allah. Allah tidak akan memberi kesusahan pada hidupnya.

Satu kisah yang diceritakan guru kami menceritakan kisah Sabil al-Bunnani. Satu hari dia diajak oleh sahabatnya untuk pergi ke tempat yang jauh. setiap kali di dalam perjalanannya apabila berjumpa masjid dia akan berhenti bersolat. Apabila tioba di destinasi sahabatnya masuk menghadap orang yang dihajati. Lalu permintaan dikabulkan. Selepas itu sahabatnya memarahi sabil dan dia berkata “Engkau mesti memarahi aku kerana lambat tiba di sini”. Lalu dia menjawab “Aku berhenti bersolat kerana aku mendoakan tiap hajatmu dikabulkan. itulah sebabnya aku sering berhenti bersolat dan mendiakan engkau”. Lalu sahabatnya meminta maaf kepadanya. Ambillah sedikit pengajaran yang ditunjukkan dalam kisah ini.

Solat juga dapat membawa kepada kesihatan tubuh badan. dikatakan solat adalah lebuh baik dari senaman Yoga. Dengan solat kita dapat menjuhkan diri daripada melakukan kemungkaran. Rohanai dan jasmani kita akan lebih sihat dan hati akan merasa kelapangan.

 

Amalan solat malam dapat membarikan cahaya pada wajah. dimurahkan rezeki dan kekuatan umat akan terjana. Apa yang lebih penting di dalam solat adalah kusyu’. Ia melambangakan kualiti solat yang dijalankan. 

Kenapa kita tidak dapat kusyu’ di dalam solat?

Antara sebabnya kita tidak kenal kepada pencipta kita. Apabila kita kenal Allah kita akan lebih kusyu’ untuk bersolat. Apa bila kita di panggil menghadap sultan kita boleh duduk tertib. inikan pula apabila di dalam solat, kita menghadap Allah tuhan pencipta alam dan makhluk.

Ali Zainal Abidin cucu rasullullah dikatakan apabila dia bersolat dan hendak menghadap Allah, belakangku dirasakan malaikat maut. Apabila dia hendak bersolat pucat mukanya.

Renungkan sedikit sebanyak apa yang dinukilkan moga menjadi satu motivasi kepada miata semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s