Semarak Cinta Masjid (Forum di Masjid al-Taqwa) 17 Jan 2009

Ahli panel terdiri daripada :

Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ustaz Zamihan Mat Zin

Moderator : Ustaz Fauzi Mustafa

Kenapa masjid cintanya kadang- kadang bermusim. Ini dapat dilihat pada bulan- bulan kebesaran Islam. Forum membincangkan peranan masjid. Majid di bina unutk menjadi tempat sujud umat Islam kerana dengan sujud dekatkan diri kita kepada Allah.

Di dalam masjid kita secara secara lazimnya kita akan bersopan apabila berada di dalamnya. Masjid mempunyai banyak peranan khususnya di zaman Rasulullah masih hidup. Majid dijadikan tempat perhimpunan, tempat kesalahn diadili (Mahkamah), tempat untuk Syura, tempat tahanan perang dan bermacam- macam lagi.

Perbincangan juga mendekatkan pemahaman kita kepada Fardu kifayah. Kadang- kadang kita selalu mengatakan tak perlu ke masjid beramai- ramai kerana fardu kifayah. Orang lain sudah buat kita tak payah. Betulkah? Adakah betul tentang pemahaman kita tentang itu? Terdapat beberapa kretirea yang diulaskan oleh ahli panel. Secara umumnya tuntutan fardu kifayah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ramai  yang tidak memahami tuntutan fardu kifayah dengan erti kata yang sebenar dalam konteks solat berjamaah.

Imarah masjid dalam erti kata yang sebenar juga membawa maksud memakmurkan masjid. Satu kisah yang dirakamkan apabila Umar al- Khattab mencari panglima perang. Ia mencari pemuda yang hatinya dekat dengan masjid. Pada suatu hari Nukman bin Muqarrin sedang solat pada waktu pagi. Datang Umar menghampirinya selepas nukman selesai bersolat dan menawarkan kepadanya jawatan panglima perang. Ini menjadi bukti insan yang dekat dengan masjid hatinya kuat.

Kekuatan umat Islam juga akan kuat apabila masjid dipenuhi. ini dibuktikan dengan pendapat seorang tokoh ulama’ yang mengatakan Yahudi takkan kalah apabila umat islam memenuhkan masjid pada waktu subuh.

Hasan al-Banna pernah mengutuskan orang kanannya unutuk pergi ke Palestin bagi melihat keadaan di sana. Apabila ia pulang wajah orang kanan itu sugul kerana dia ada berjumpa dengan orang Palestin dan mengajaknya ke masjid tetapi ia menolak pelawaan tersebut. Ini menjadi bukti kenapa Palestin jatuhj ke tangan Yahudi.

Abdullah bin Ummi Makhtum pernah meminta pengecualian daripada solat berjamaah. tetapi Nabi Muhammmad SAW menyatakan adakah dia kedengaran azan dari rumahnya. Abdullah menjawab ia mendengar azan. Rasulullah menyuruhnya solat berjamaah juga. ini membuktikan walaupun Abdullah seorang yang cacat penglihatan solat jamaah amat penting. ini tidak menjadi alasan bagi orang yang biasa.

Di akhir perbincangan membincangkan tentang perhiasan kita apabila ke masjid. Dalam Fiqh Manhaji ada menyebut tentang pakaian yang sesuai ke masjid. Ikutlah Uruf dan adat tempat itu. Mana yang sesuai apabila kita ke masjid. Mana mungkin kita berpakaian bertali leher ke masjid apabila urufnya kita berkain pelekat berbaju melayu untuk ke masjid. Yang penting sekali hendaklah membersihkan diri apabila hendak ke masjid. berwangi- wangian untuknya.

Bersama kita semarakkan cinta kita kepada masjid. Umat Islam akan bertambah kuat lagi kerana masjid menjadi pusat janaan Iman dan Takwa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s